Salam Ramadhan ke12 hari ni..baru balik ni tadi kluar dengan kak murni, kak zima &ayu pergi masjid wilayah jln duta ambil bubur lambuk sambil bersedekah..Alhamdulillah dapat jugak 6bungkus kakak tu bagi.kitaoarng drive thru saje ya..tak payah susah2 nak turun kereta.sekarang masuk kerja balik dan akan berbuka puasa di tempat kerja..tadi kak ila ada bagi buah melaka sikit..rezeki bulan Ramadhan ya..
kepada semua selamat berbuka puasa semoga amalan kita sepanjang hari ni diterima dan diberkati Allah..Insya'Allah.
Sunday, July 21, 2013
Saturday, July 20, 2013
Dugaan
Hari ni genap sebelas hari kita berpuasa..Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan semangat aku untuk tidak ke bazaar ramadhan masih kuat.sehingga hari ini aku tak pergi lagi ke bazaar ramadhan.hari2 aku akan cuba masak untuk suami dan anak di rumah.kalau aku kerja petang sebelum pergi kerja aku akan masak walau pun lauk yang paling simple skali..aku x nak suami susah2 pergi ke bazaar lagi pun tahun2 lepas kitaorg dah terkena, beli lauk kat bazaar basi..beli kuey tiow kerang busuk..memang kecewa sangat apatah lagi dengan harganya yg agak mahal berbanding hari2 biasa..
walau pun begitu, minggu lepas dua hari aku dan suami telah berbuka puasa di hospital..baby raisya admitted 15hb lepas.tapi aku dah inform kat suami awal2, sayang..no bazaar ramadhan ya.so hari pertama kitaorang berbuka dengan chicken rice shop, and second day suami tapaw kenny rogers..ok la dari x ada kan.
baby raisya demam start 11hb, aku bawak pergi clinic tapi masih x kurang..15hb aku pergi balik clinic tu and doctor ada buat blood test.result nya..platlet darah baby rendah..doctor suruh refer hospital.aku pun pergi ke damansara specialist jumpa doktor musa, dia cakap kena admitt dan buat skali lagi blood test.. result sama dgn clinic.doctor musa risau takut denggi sebab kat body raisya dah naik bintik2 merah.. hari pertama raisya still demam walau pun dah masuk ubat punggung. makan minum pun kurang, so doctor suggest drip tapi kena tunggu dia tidur la..nanti dia cabut pulak..Alhamdulillah second day dah x demam doctor cakap malam kedua tu kalau x demam esok boleh discharge..nasib malam tu raisya tak demam..kalu tak, 3hari bukak puasa kat hospital..letih mummy.
oh ya, damansara specialist sekarang ada ward baru untuk paedatric..Qaseh Paedatric Ward, cantik and sesuai la untuk kids and baby..memang selesa.

Wednesday, July 10, 2013
Jeram
setelah lebih kurang 2 minggu kitaorang plan nak pergi makan2, akhirnya sampailah kami ke pantai Jeram, kuala selangor.restoran yang dituju ialah Aroma Ikan Bakar..gerak dari damansara dalam pukul 5ptg, aku and kawan2 plaza lebih kurang 7 family dan beberapa orang bujang and anak dara telah konvoi melalui Lata Highway.dalam 40minit sampai lah ke sana..masuk restoran sekali tengok meja sikit punya panjang da...yes kitaorang dah booked awal2..seronok jugak sesekali kluar ramai2 yang penting family pun ada sekali..and have fun..makanan nya memang best kena lah dengan taste kitaorang..
first, haruslah kita tunjukkan restorannya dulu..
ni meja kitaorang..panjangkan, kecoh betul..
family i..adik tu sibuk nak ambik kek abang
family kak lyn..3 heroes yeah..
kak sarra and hubby
kak montel ngan abang nazri..hepi je tengok diaorang
yang ni la camera punya tuan..gambar2 ni semua kak ani yang bagi..cantik kan baju diaorang
yang ni family kak zima..eh mana lagi 2 orang..
family mekla..pic ni blur sikit ya tak tahu tangan siapa yang ambil
oarang bujang..sempat lagi beli bantal kat pantai remis kalau x silap aku..
yang paling best skali ada suprise untuk father's day..kak lyn bawak kek..anak aku lah yang paling excited kalau ada kek ni.
ibu2 yang vouge..
sori la gambar makanan x sempat nak snap..sampai je habis..sampai je habis..yang penting sedap sangat..dan bilnya.....rm800++ hamek kau.. kitaorang plan nak pergi lagi tapi kaum2 ibu saje ya..tak nak bawak anak2 nak makan dengan aman katanya...macam2.

Tuesday, July 9, 2013
SALAM RAMADHAN
assalamualaikum..hari ni hari terakhir kita di bulan syaaban. besok kita akan menyambut Ramadhan bulan yang penuh dengan keberkatan. kepada semua umat Islam di mana jua anda berada selamat menyambut Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa selama sebulan..semoga apa jua amalan kita pada bulan ini diterima dan dirahmati Allah..Amin
bulan2 puasa ni betul2 teringat kampung..rindu suasana nak berpuasa dengan mak, arwah bak..dan adik2. sekarang dah lain..masing dah ada keluarga sendiri semua pun berubah..mak rindunya..
aku macam tahun lepas jugak berpuasa dengan suami dan anak..beza tahun ni jadi anak2..besok hari pertama si abang belajar berpuasa, macam mana ya gaya dia..nanti kita tengok..tunggu.

Wednesday, July 3, 2013
9 MONTHS
Hari ni genap raisya 9 bulan..terasa cepat masa berlalu.sakit perut akibat di belah masih dapat aku rasakan.. bisanya..sakitnya..hanya Allah yang tahu..terlalu sakit.begitu la agaknya apa yang mak aku rasakan masa melahirkan anak2 nya dulu.sangat besar pengorbanan seorang ibu bertarung nyawa demi anaknya..
Tuesday, July 2, 2013
BABY RAISYA
lebih kurang 9 bulan yang lepas, 3 okt 2012 lebih kurang jam 8.30am telah lahir ke dunia milik Allah ini seorang bayi perempuan dari perutku.Dilahirkan secara cesearean kerana doktor sahkan aku tak boleh bersalin secara normal. Iman Raisya binti Mohamad Adnan bermaksud kepercayaan, kepimpinan..itulah nama yang aku telah berikan pada bayiku..semoga menjadi anak yang baik sebaik maksud namanya.perasaan mendapat bayi perempuan sangat berbeza kalau nak dibandingkan dengan abangnya dulu..excited terlebih..pertama kali menatap wajahnya dalam dakapan suami tercinta hanya tuhan yang tahu..bersyukur pada Allah kerana menghadiahkan kami bayi secomel ini..
lebih kurang 2jam selepas deliver..
yang ni genap sebulan masa ni masih kat rumah nenek
iman raisya 3 bulan..dah pandai nak bergurau
lebih kurang 4 bulan dah boleh meniarap..pic ni raisya 5 bulan
6 bulan..abang tu over sikit.
raisya 7 bulan..comel sangat anak mommy
8 bulan badan sikit susut dah semakin lasak..gigi pun dah naik satu
Monday, July 1, 2013
FAMILY DAY 2013
2 bulan lepas kalau tak silap aku pun dah lupa..lama sangat dah gambar ni kat pc opis, family day kelab plaza tol damansara telah diadakan dengan jayanya..seronok sangat harap next year kita dapat pegi lagi..harap lagi jauh la.macam this year kitaorg pegi pd saje ok la kan..sebelum tu for my lovely hubby tq very much tolong jaga anak2..aku x larat nk bawak pasal raisya pun baby lagi..pantai kan x sanggup aku tengok anak berpanas..kesian, biar mommy je la yg menggedik ya..lagi pun 2minggu sebelum tu kitaorg dah pegi pantai pd jugak..tapi raisya ditinggalkan di rumah ibunya..(baby sitter raisya). gambar banyak sgt..semua cantik2 tapi bukan aku yang ambil ya..ni gambar dari encik mazlan ali iaitu suami kepada salah sorang dari supervisor kitaorang..terima kasih banyak2..
baru je sampai pagi lagi ni kita breakfast dulu
suasana pun masih redup..tunggula tengah hari kang..terbakar kulit akak tau
aunty yg pakai topi tu la arrange kitaorg punya tempat kat sana..harga sewa tapak boleh dirunding memang terbaik la..murah gila luas pulak tu tempat kitaorg lepak toilet pun dekat very easy u..
dari jauh merah je..cantik sangat.baju aku tu baju lain ya bukan family day punya baju kerana bajuku adalah besar..
banana boat..wajib tau
dah start game
game budak2..
nk balik jom kemas
buruk no muka aku
ni la camera man..n family yg kecik tu baby atiqah comelkan n his wife pn hasiah..
comel gila budak ni..suka senyum pulak tu geram..
bye2 pd..
Thursday, June 27, 2013
IMAN ADHA & IMAN RAISYA

my baby girl..iman raisya cute kan sama macam abang dia jugak.ni time raisya 2 bulan lebih tapi sekarang dah 8 bulan nak masuk 9 bulan pun.perkembangan raisya nanti akan aku ceritakan.
Saturday, December 3, 2011
Aktiviti di kampung
last week kitaorng blk kg di johor disebabkan banyak betul kenduri kawin time cuti2 sekolah ni.sepupu sebelah mak kawin,jiran sebelah rumah kawin,kawan satu sekolah dulu pun kawin..semua kenduri hari yg sama.pening jugak kepala fikir nk pegi yg mana satu.at last decide pergi kenduri jiran saje..sebab kenduri sepupu tu mak n adik2 dah pergi..so kitaorg bahagi2kan la separuh kenduri jiran separuh kenduri sepupu.
balik kali ni x lama 4hari saje,last day sebelum blk kl abg ngah,iaitu abg ipar yg no 2 ajak pergi picnic sambil memancing..sampai la kitaorg ke pantai tg sedili kota tinggi.dh memang hobi abg ngah suka la sgt ke laut..mcm2 alat yg dia ada,joran la..bento la..ada mcm2 lagi namanya pun pelik2 x tau la nk sebut.iman la yg paling enjoy skali, x pernah pergi laut la katakan.bila ayah ngah dia bawak kluar je benda2 nk mancing tu..dia rembat satu joran ayah ngah dia.mancing la kononnya..sampai x nak balik.nk ajak balik sampai menangis terpaksa kena angkat..
sambil tunggu diaorng ni memancing,kitaorg yg kaum pempuan ni apa lg santai la...kak ngah dari rumah dah masak asam pedas, sambal sotong,ikan goreng..memang syok la makan tepi laut sambil ditiup angin.uda pulak sebelum sampai pantai td singgah kedai beli mcm2..kacang kuaci snack semua ada.memang syok la dah lama x picnic mcm ni..kalau di ingat balik last picnic mungkin time tu sekolah lagi..petang sikit cuaca pun mcm nk ujan je..kitaorang pun gerak balik rumah mak..mlm pulak nk balik kl terus..

Monday, November 21, 2011
Puss in Boots
sabtu lepas adalah offday..keje syif memang susah nk dpt offday hari sabtu/ahad.so peluang off hari sabtu tak disiakan mcm tu saje.daddy iman pun memang cuti so dia pun ajak kluar jln2 n tengok movie.pilihan pertama nk tengok happy feet 2 tp nk booking online kat chathay dh full,kat gsc pun full jgk.at last daddy iman decide tengok puss in boots..
best tengok puss in boots,story pasal seekor kucing yg cute,macho,baik hati..nama dia puss.bersahabat baik dgn sebiji telur nama dia humpty..puss bersahabat dgn humpty,kasih sayang mereka ibarat seorang abang dan adik.tapi..hanya disebabkan kacang ajaib humpty sanggup mengkhianati persahabatan mereka...kalau nk tau apa ending dia,jgn lupa tengok puss in boots..

Wednesday, November 2, 2011
terasa bila dia tiada
hari ni masuk 3hari iman kt kampung.minggu ni jgk keje syif pg..blk rumah petang memang sunyi sgt.selalunya blk keje terus amik dia kt rumah pengasuh..dan petang2 x pernah sunyi kalau dia ada,suara dia menyanyi mcm2 lagu yg hanya dia saja faham memang kelakar.
kalau mommy masak kt dapur iman x pernah kacau.dia akan main sorang2 dgn mcm2 aksi.tiap2 mlm iman memang lambat tido..pernah satu hari tu tersedar pukul 3pg pun dia masih belum tido.iman...iman..tp pg td bila call nenek dia,nenek cakap iman tido awal.mcm x percaya je..mungkin kt kampung sunyi n nenek dia pun memang slalu tido awal..iman x tau nk buat apa agaknya dia pun tido jgk.kesian iman sunyi kt sana,x pelah weekend makngah n maklong blk rumah nenek iman x sunyi,abg jimy ada blh kawan ngan iman..sebenarnya x tau dah nk tulis apa..sbb dlm hati ni cuma ada iman.

Tuesday, November 1, 2011
menangis dalam hati
deepavali lepas balik kg cuti 4hari..n ambik kesempatan hantar iman kt nenek dia di johor sbb ada masalah sikit dgn pengasuh.mintak tolong nenek dia jaga sementara nk cari pengasuh baru utk iman.berat sgt hati nk tinggalkan dia hanya Allah saja yg tahu.dalam hati menangis terkenang,terdengar2 karenah dan suara dia..kitaorg blk kl ahad mlm pukul 1 baru bergerak..saje blk lewat sikit tgu iman tido dulu..bukan apa takut dia nangis pulak kalau kiatorg blk tinggalkan dia.sampai damansara 5.30 pg.tido sekejap n masuk keje kul 8.30..letih badan x tau nk cakap,daddy iman lg la dia yg drive sepanjang pjalanan.pg2 nenek dia dh call bg tau iman bgn tido ok..dia x nangis pun bila tengok mommy dgn daddy dia x ada.
iman anakku..mommy menangis sayang sebab kena tinggalkan iman.mommy terlalu rindu kat iman.mommy tau iman pun tertunggu2 bila mommy dgn daddy nk dtg amik iman.mommy mtk maaf sbb terpaksa tinggalkan iman dgn nenek.ni semua utk kebaikan iman,mommy janji mommy akan amik iman secepat yg mungkin.mommy dgn daddy nk kerja cari duit byk2 utk masa depan iman jgk.iman tgu nanti mommy amik iman bila dh jumpa pengasuh yg betul2 nk jaga dan nak sayang iman..mak trima kasih tolong jaga iman..ya Allah trima kasih kerana memberikan ku seorang ibu yg sgt memahami.Kau lindungi anak &ibuku dari segala bahaya &malapetaka..Amin.
akaun asb untuk anak 6bulan ke atas&permohonan surat beranak yg baru
akaun asb boleh dibuka seawal umur 6 bulan, memang betul dan kitaorg telah mengambil sedikit masa pergi ke bangunan pnb di jln tun abd razak utk membuka akaun anak masing2.semlm bersama 2org lg rakan kami telah sama2 meredah jln kl yg agak sesak utk sampai ke bangunan tersebut yg betul2 bersebelahan dgn bangunan tabung haji.sesiapa yg berminat boleh la pergi ke sana dan bawa bersama surat beranak serta salinan ic penjaga.proses mengambil masa lebih kurang sejam.
time blk pulak x sangka dan x sedar surat beranak iman rupa2nya tercicir.dah puas patah balik cari merata tempat tp masih lagi x jumpa.panik la jugak benda penting boleh tercicir.dan oleh sebab x senang hati surat beranak hilang,hari ni lepas blk kerja pukul 3.30 terus pegi jpn kota damansara buat surat beranak baru utk iman..alhamdulillah proses x begitu rumit..senang je.sampai sana langkah yg perlu dibuat:
1.ambil no giliran dan isi borang permohonan carian/cabutan daftar kelahiran.
2.tunggu sehingga no giliran dipanggil dan setelah dipanggil serahkan borang yg diisi tadi.
3.tunggu sebentar sehingga nama dipanggil semula.
mula2 ingatkan ambil masa yg lama tetapi sebenarnya proses x sampai sejam pun.tu pun datang sana dh petang..kalau datang pg2 time x ramai org mungkin 10minit je dah siap.so kepada anda yg mempunyai masalah kehilangan surat beranak jgn terlalu risau,pergi saja ke jpn utk memohon yg baru..
Saturday, October 22, 2011
nak beli kereta x?
sesape yg memerlukan kereta kancil lg best..harga boleh runding..berminat sila hubungi tokey kereta terpakai di no 0163141853.kereta masih nampak baru dan berkilat..owner lama pempuan cun ooo..baru lps overhall,kira enjin baru lg mcm baby.aircond sejuk..tempat duduk utk 5org..sesuai kalau nk jadikan kereta kedua atau untuk hadiahkan pada para isteri..senang nk pegi pasar selayang.free smarttag second edition..
customer service
senang ke kerja sbg customer service ni?sape yg ada pengalaman dia tahu la..sebenarnya blh dikatakan mencabar la jgk walaupun x seteruk mendaki gunung everest.kekentelan jiwa dan rohani tu memang la penting sgt2..cewah.yelah mcm2 gelagat customer yg ada di malaysia ni,tu x termasuk customer dr jepun,singapore,indonesia,brunei..jgn x tau customer dari negara barat pun ada.cakap melayu dah tentu2 x pandai,kenala ckp org putih..x pe lagi blh ckp jgk skt2,tetiba dtg jepun..ha org putih pun x tau melayu apa la lg..dah tekial2 guna bahasa isyarat.bayangkan brapa bahasa kitaorg kena blajar..peningkan.
mendengar maki hamun dari diaorg memang dh slalu sgt..sampai dh tebal telinga ni.kadang2 tu terganggu jugak emosi,sampai terbawak dlm mimpi tau..x pecaya?nk buat mcm mana kan,customer is alwaz right walaupun dah terang2 dia salah.kalau layan lebih kurang kang dpt plk surat kasih sayang dari bos yg hensem tu.
customer ni plk kalau jenis yg suka complaint memang x ingat periuk nasi org..kalau dh salah sendiri tu x payah la nk nk cari salah org lain la,salah sistem la,salah najib la,mcm2..korang tau x, sebab satu complaint dari customer kitaorg memang dipaksa ambil risiko punya..silap2 diberhentikan kerja.pada hal bukan salah kitaorg pun..tu lah antara skop kerja customer service ni,bukan mudah namun x susah..bak kata hazama la.

go malaysia
tu lah dia words yg iman slalu sebut..dia memang fanatik segala benda yg berkaitan dgn malaysia.baju bola malaysia tu saje dah ada 5pasang.x blh nampak baju tu ada jual kt kedai,mati2 dia suruh beli jgk,anak kecil memang mudah dipengaruhi.jom kita layan pic ni..
siap pakai spec mata mommy tu..iman..kuat berangan mcm daddy
amacam..ada gaya x?
demam2 kena amik gas pun nk jgk pakai baju malaysia.
ni time teman daddy pegi basuh kereta..baju malaysia lg..
Subscribe to:
Posts (Atom)