Hari ni genap sebelas hari kita berpuasa..Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan semangat aku untuk tidak ke bazaar ramadhan masih kuat.sehingga hari ini aku tak pergi lagi ke bazaar ramadhan.hari2 aku akan cuba masak untuk suami dan anak di rumah.kalau aku kerja petang sebelum pergi kerja aku akan masak walau pun lauk yang paling simple skali..aku x nak suami susah2 pergi ke bazaar lagi pun tahun2 lepas kitaorg dah terkena, beli lauk kat bazaar basi..beli kuey tiow kerang busuk..memang kecewa sangat apatah lagi dengan harganya yg agak mahal berbanding hari2 biasa..
walau pun begitu, minggu lepas dua hari aku dan suami telah berbuka puasa di hospital..baby raisya admitted 15hb lepas.tapi aku dah inform kat suami awal2, sayang..no bazaar ramadhan ya.so hari pertama kitaorang berbuka dengan chicken rice shop, and second day suami tapaw kenny rogers..ok la dari x ada kan.
baby raisya demam start 11hb, aku bawak pergi clinic tapi masih x kurang..15hb aku pergi balik clinic tu and doctor ada buat blood test.result nya..platlet darah baby rendah..doctor suruh refer hospital.aku pun pergi ke damansara specialist jumpa doktor musa, dia cakap kena admitt dan buat skali lagi blood test.. result sama dgn clinic.doctor musa risau takut denggi sebab kat body raisya dah naik bintik2 merah.. hari pertama raisya still demam walau pun dah masuk ubat punggung. makan minum pun kurang, so doctor suggest drip tapi kena tunggu dia tidur la..nanti dia cabut pulak..Alhamdulillah second day dah x demam doctor cakap malam kedua tu kalau x demam esok boleh discharge..nasib malam tu raisya tak demam..kalu tak, 3hari bukak puasa kat hospital..letih mummy.
oh ya, damansara specialist sekarang ada ward baru untuk paedatric..Qaseh Paedatric Ward, cantik and sesuai la untuk kids and baby..memang selesa.
No comments:
Post a Comment