Tuesday, August 13, 2013

Salam Lebaran

Assalamualaikum..salam aidilfitri kepada semua umat Islam, diam tak diam dah pun masuk raya ke-5. rasanya masih belum terlewat untuk aku mengucapakan selamat hari raya aidilfitri kepada semua keluarga, sahabat dan juga sesiapa sahaja yang mengenali aku salah dan silap harap dapat dimaafi.
this year aku dapat balik beraya di Johor dan semua adik beradik dapat berkumpul di rumah..meriah sangat, tapi dalam kemeriahan masih tersa kepergian bak tiga tahun lalu amat memilukan hati bonda tercinta..riak wajahnya aku dapat rasakan betapa rindunya dia pada arwah bak..nasib baik ada cucu2 yang mengisi kekosongan hatinya..nampak jugak la senyuman manis sesekali melihat pelbagai karenah cucu2..oh ya cucu mak dah 14orang ya..sekejap je.tak perasan masing2 dah besar meninggi anak2 buah aku ni..dulu masa aku sekolah diaorang ni semua kenit2 lagi.
aku nak share sikit keseronokan kami beraya ya..meriah.lepas ziarah kubur arwah bak terus balik rumah bermaafan dan apa lagi aktiviti raya kalau tak bergambar sakan..

 our big family..

menantu2 mak

 family kak long

family kak ngah

 family uda

 family uji

family i..abang iman kalu nak ambil gambar mesti nangis..setiap tahun wajib nangis dulu

 family abang, satu2 nya anak lelaki dalam family kitaorang

 
family fatin, adik bongsu aku..

my little girl 

rayyan.. 

 bonda tercinta

 cak..

and the last pic..

Saturday, August 3, 2013

Sambal Udang ala Johor

Alhamdulillah..syukur salam ramadhan ke 25..hari ni nak share sikit resepi sambal udang yang aku masak untuk berbuka semalam..simple je sambal udang ala orang johor gitu..



2 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
15 batang cili kering
sedikit asam jawa
1/4 cawan minyak untuk menumis
8-9 ekor udang harimau

kesemua bawang dan cili dikisar dan tumis sehingga naik bau..biarkan garing sedikit kemudian masukkan perahan asam jawa, garam dan gula secukup rasa..akhir sekali masukkan udang dan biarkan sehingga udang bertukar warna..rasa dah ok tutup api..simple kan..