Thursday, October 3, 2013

SELAMAT HARI LAHIR RAISYA SAYANG..

Hari ini, tahun lepas, tarikh yang sama, amanah Allah untuk aku dan suami menjaga seorang bayi perempuan..IMAN RAISYA. selamat hari lahir sayang semoga menjadi anak yang solehah berjaya di dunia dan akhirat.semoga anak-anak mummy dilindungi Allah dijauhi segala bahaya..diberi kesihatan yang baik dimurahkan rezeki, diterangi hati dan berjaya dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran sekarang..
tak ada yang lebih membahagiakan mummy selain melihat senyuman abang &adik bila mummy balik dari kerja..Smoga kebahagiaan sentiasa menjadi milik kita sekeluarga..sayang adik, abang &daddy.



Friday, September 6, 2013

Authentic Chinese Muslim Restaurant

Assalamualaikum..nak share sikit 2 hari lepas adik ipar aku yang study kat uitm shah alam, shuhada nama dia..atau pun lebih mesra kitaorang panggil acu..dia datang lepak rumah aku..rezeki kitaorang suami nak belanja makan..
Sampai la ke sebuah restoran cina muslim kat shah alam, seksyen 7 dekat belakang uitm tu..area gulatis kalau tak silap. Restoran Hj Sharin Lee..memang terbaik. Menu yang kitaorang order ketam telur masin..rasanya ketam tu digoreng dengan tepung dan dipecahkan telur masin..sedaaap sangat ahkak sukeee..kailan gereng pun sedap, kailan tu ditanam sendiri kot sebab lain benor kailan nya ala2 cameron punye..hu..hu..tomyam campur pun sedap gile..pendek kata semua sedap ok.

suasana dari luar.

ni lah x sabar nk makan..macam nak pegi lagi seh..


 control gitu..yang bawah tu abaikan ya budak subuk..tapi comel.

 raisya makan sepit ketam kau..

 on the way, dalam kereta

budak syomel mummy..

nak pegi lagi..nak pegi lagi..Insya'Allah kami akan pergi lagi..dekat je pun dengan rumah acu.. :)



Tuesday, September 3, 2013

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG

Assalamualaikum..Alhamdulillah, hari ini 3hb september 2013 genaplah usia suamiku 30tahun.
Khas buat suami tersayang, Mohamad Adnan Ishak..kalau sayang terbaca i punya writing ni, dari dasar hati yang paling dalam i nak ucapkan selamat hari lahir semoga dengan bertambahnya usia sayang u akan lebih mengerti tentang kehidupan.i doakan u akan lebih berjaya dalam kerjaya, semoga apa yang u usahakan selama ni akan mendapat ganjaran yang bermakna..I akan terus menyayangi u sehingga akhir nafas i..terima kasih kerana sudi menjadi teman hidup i, membahagiakan i dan anak2..walau pun hidup kita sederhana tapi i bersyukur dengan kurniaan yang telah di berikan pada kita..Amin..

i love u sayang..

Monday, September 2, 2013

Majlis hari raya & Mahabban

Alhamdulillah selesai sudah majlis mahabban dan sambutan hari raya di plaza tol damansara..berjalan lancar dan meriah sangat. Cakap banyak pun x tau nk bebel apa, jom kita tengok gambar2 kitaorang..































rombongan mahabban..



karaoke no 2 je..

 nyanyi lagu perpisahan untuk kak murni dan fizan..diaorang kena transfer..





warga plaza tol damansara yang sempat bersama

Tuesday, August 13, 2013

Salam Lebaran

Assalamualaikum..salam aidilfitri kepada semua umat Islam, diam tak diam dah pun masuk raya ke-5. rasanya masih belum terlewat untuk aku mengucapakan selamat hari raya aidilfitri kepada semua keluarga, sahabat dan juga sesiapa sahaja yang mengenali aku salah dan silap harap dapat dimaafi.
this year aku dapat balik beraya di Johor dan semua adik beradik dapat berkumpul di rumah..meriah sangat, tapi dalam kemeriahan masih tersa kepergian bak tiga tahun lalu amat memilukan hati bonda tercinta..riak wajahnya aku dapat rasakan betapa rindunya dia pada arwah bak..nasib baik ada cucu2 yang mengisi kekosongan hatinya..nampak jugak la senyuman manis sesekali melihat pelbagai karenah cucu2..oh ya cucu mak dah 14orang ya..sekejap je.tak perasan masing2 dah besar meninggi anak2 buah aku ni..dulu masa aku sekolah diaorang ni semua kenit2 lagi.
aku nak share sikit keseronokan kami beraya ya..meriah.lepas ziarah kubur arwah bak terus balik rumah bermaafan dan apa lagi aktiviti raya kalau tak bergambar sakan..

 our big family..

menantu2 mak

 family kak long

family kak ngah

 family uda

 family uji

family i..abang iman kalu nak ambil gambar mesti nangis..setiap tahun wajib nangis dulu

 family abang, satu2 nya anak lelaki dalam family kitaorang

 
family fatin, adik bongsu aku..

my little girl 

rayyan.. 

 bonda tercinta

 cak..

and the last pic..

Saturday, August 3, 2013

Sambal Udang ala Johor

Alhamdulillah..syukur salam ramadhan ke 25..hari ni nak share sikit resepi sambal udang yang aku masak untuk berbuka semalam..simple je sambal udang ala orang johor gitu..



2 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
15 batang cili kering
sedikit asam jawa
1/4 cawan minyak untuk menumis
8-9 ekor udang harimau

kesemua bawang dan cili dikisar dan tumis sehingga naik bau..biarkan garing sedikit kemudian masukkan perahan asam jawa, garam dan gula secukup rasa..akhir sekali masukkan udang dan biarkan sehingga udang bertukar warna..rasa dah ok tutup api..simple kan..

Saturday, July 27, 2013

Bawal

Assalamualaikum, salam Ramadhan ke18 semua..Alhamdulillah masih berpeluang menikmati bulan yang penuh dengan keberkatan.aku seperti biasa seringkali berbuka puasa ditempat kerja.tuntutan kerja untuk menampung keperluan hidup memang tak dapat dielakkan walaupun hanya sekadar membantu suami tapi amat bermakna jika dihargai.
last week aku and kak murni, kak montel, fizan..kitaorang buka puasa makan kuih saje lepas habis kerja dalam pukul 9 macam tu plan nak pergi makan dekat uptown damansara. memang terbaik..banyak pilihan dari western, chinese stail, malay stail..and kitaorang pilih 'Bawal Power'..bawal power ni agak famous jugak la di kalangan budak2 plaza tol damansara..dengar cerita gerai tu adalah inspirasi dari Allahyarham Bob Kuman..tapi aku pun tak pasti kesahihannya..lauk dia simple je..nasi putih, bawal goreng panas & rangup, ulam, kicap, kuah kari & dan sambal belacan..sambal belacan la yang paling best skali...ump.. sekarang ni pun aku masih teringat2 lagi..keenakan, menikmati, kenyang...Alhamdulillah. saje nak show off..

bawal goreng tu memang x tahan..aku pernah try goreng bawal kat rumah, tapi x sama..


dekat badan ikan bawal tu dia percik2 kan kicap..sedap.


ish..tangan sapelah tu.

ok tu je..nak share, bye nak buka ni.

Sunday, July 21, 2013

Rezeki..Alhamdulillah

Salam Ramadhan ke12 hari ni..baru balik ni tadi kluar dengan kak murni, kak zima &ayu pergi masjid wilayah jln duta ambil bubur lambuk sambil bersedekah..Alhamdulillah dapat jugak 6bungkus kakak tu bagi.kitaoarng drive thru saje ya..tak payah susah2 nak turun kereta.sekarang masuk kerja balik dan akan berbuka puasa di tempat kerja..tadi kak ila ada bagi buah melaka sikit..rezeki bulan Ramadhan ya..
kepada semua selamat berbuka puasa semoga amalan kita sepanjang hari ni diterima dan diberkati Allah..Insya'Allah.

Saturday, July 20, 2013

Dugaan

Hari ni genap sebelas hari kita berpuasa..Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan semangat aku untuk tidak ke bazaar ramadhan masih kuat.sehingga hari ini aku tak pergi lagi ke bazaar ramadhan.hari2 aku akan cuba masak untuk suami dan anak di rumah.kalau aku kerja petang sebelum pergi kerja aku akan masak walau pun lauk yang paling simple skali..aku x nak suami susah2 pergi ke bazaar lagi pun tahun2 lepas kitaorg dah terkena, beli lauk kat bazaar basi..beli kuey tiow kerang busuk..memang kecewa sangat apatah lagi dengan harganya yg agak mahal berbanding hari2 biasa..
walau pun begitu, minggu lepas dua hari aku dan suami telah berbuka puasa di hospital..baby raisya admitted 15hb lepas.tapi aku dah inform kat suami awal2, sayang..no bazaar ramadhan ya.so hari pertama kitaorang berbuka dengan chicken rice shop, and second day suami tapaw kenny rogers..ok la dari x ada kan.
baby raisya demam start 11hb, aku bawak pergi clinic tapi masih x kurang..15hb aku pergi balik clinic tu and doctor ada buat blood test.result nya..platlet darah baby rendah..doctor suruh refer hospital.aku pun pergi ke damansara specialist jumpa doktor musa, dia cakap kena admitt dan buat skali lagi blood test.. result sama dgn clinic.doctor musa risau takut denggi sebab kat body raisya dah naik bintik2 merah.. hari pertama raisya still demam walau pun dah masuk ubat punggung. makan minum pun kurang, so doctor suggest drip tapi kena tunggu dia tidur la..nanti dia cabut pulak..Alhamdulillah second day dah x demam doctor cakap malam kedua tu kalau x demam esok boleh discharge..nasib malam tu raisya tak demam..kalu tak, 3hari bukak puasa kat hospital..letih mummy.
oh ya, damansara specialist sekarang ada ward baru untuk paedatric..Qaseh Paedatric Ward, cantik and sesuai la untuk kids and baby..memang selesa.